Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
2:1. Alif Lam Mim.
2:2. Itulah Kitab, tiada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa(takut kepada Allah),
2:3. Yang mempercayai kepada yang ghaib, dan melakukan solat, dan daripada apa yang Kami merezekikan, mereka menafkahkan(membelanjakan).
2:4. Dan yang mempercayai kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan daripada sebelum kamu, dan kepada Akhirat mereka meyakini.
2:5. Mereka itu di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; dan mereka itu; merekalah orang-orang yang beruntung.
2:6. Sesungguhnya yang tidak percaya, sama sahaja kepada mereka, sama ada kamu memberi amaran kepada mereka, atau tidak memberi amaran kepada mereka, tidak mereka mempercayai.
2:7. Ditutupkan Allah atas hati mereka, dan atas pendengaran mereka, dan atas penglihatan mereka, penudung; dan bagi mereka, azab yang besar.
2:8. Dan daripada manusia, ada yang berkata, ''Kami percaya kepada Allah dan kepada Hari Akhir''; dan bukanlah mereka orang-orang yang percaya.
2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang percaya, akan tetapi mereka hanya menipu terhadap diri mereka sendiri, namun mereka tidak menyedari.
2:10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambahkan Allah penyakitnya, dan kepada mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.
2:11. Dan apabila dikatakan kepada mereka, ''Janganlah membuat kerosakan di dalam Bumi'', mereka berkata, ''Sesungguhnya kami hanyalah orang-orang yang membetulkan.''
2:12. Ingatlah, sesungguhnya mereka, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.
2:13. Dan apabila dikatakan kepada mereka, ''Percayalah sepertimana manusia percaya'', mereka berkata, ''Adakah kami akan mempercayai sepertimana orang-orang yang bodoh percaya?'' Ingatlah, sesungguhnya mereka, merekalah yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.
2:14. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang percaya, mereka berkata, ''Kami percaya'', dan apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, ''Sesungguhnya kami bersama kamu; sesungguhnya kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok.''
2:15. Allah akan melemparkan olokkan itu kembali kepada mereka, dan memandu mereka merayau-rayau terumbang-ambing dalam kelampauan batas mereka,
2:16. Mereka itulah yang membeli kesesatan kepada petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan bukanlah mereka orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.
2:17. Persamaan mereka seperti persamaan orang yang menyalakan api. Apabila ia menerangi yang di sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya mereka, dan meninggalkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.
2:19. Atau seperti awan mendung dari Langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka meletakkan jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana ketakutan terhadap maut; dan Allah meliputi orang-orang yang tidak mempercayai(kafirin).
2:20. Kilat hampir-hampir menyambar penglihatan mereka; setiap kali ia memberi mereka cahaya, mereka berjalan di dalamnya. Dan apabila kegelapan di atas mereka, mereka berhenti; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia menghilangkan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas segala sesuatu.
2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa,
2:22. Yang membuatkan bagi kamu Bumi sebagai sofa, dan Langit sebagai bumbung, dan menurunkan dari Langit, air(hujan); dengannya Dia mengeluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah mengadakan rakan-rakan(sekutu) bagi Allah dengan mengetahuinya.
2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami menurunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan panggillah saksi-saksi kamu selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang yang tidak percaya.
2:25. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan(amal soleh), bahawa bagi mereka Taman-Taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki dengan buah-buahan, rezeki-rezeki di dalamnya, mereka berkata, ''Inilah yang kami diberi rezeki dari dahulu''; bahawa mereka diberi yang serupa dengannya, dan di dalamnya bagi mereka teman-teman hidup yang dibersihkan(suci), dan di dalamnya, mereka tinggal selama-lamanya.
2:26. Allah tidak malu membuat persamaan, walaupun dengan seekor agas, atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, mereka berkata, ''Apakah yang Allah mengkehendaki dengan ini sebagai satu persamaan?'' Dengannya Dia menyesatkan ramai, dan dengannya Dia memberi petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak menyesatkan kecuali orang-orang fasiq,
2:27. Orang-orang yang memecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan supaya dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di Bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.
2:28. Bagaimanakah kamu boleh tidak percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang tidak hidup, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan.
2:29. Dia yang menciptakan untuk kamu semua yang di Bumi, kemudian Dia beranjak ke Langit dan mendatarkannya tujuh Langit; dan Dia mengetahui segala sesuatu.
2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para Malaikat, { ''Sesungguhnya Aku akan meletakkan di Bumi khalifah.'' } Mereka berkata, ''Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?'' Dia berkata, { ''Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.'' }
2:31. Dan Dia mengajar Adam nama-nama, kesemuanya, kemudian Dia mengemukakannya kepada para Malaikat. Dia berkata, { ''Sekarang beritahu Aku nama-nama ini semua, jika kamu berkata benar.'' }
2:32. Mereka(para Malaikat) berkata, ''Engkau disanjung! Kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Engkau telah mengajar kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.''
2:33. Dia berkata, { ''Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya'' }, maka setelah dia(Adam) memberitahu mereka nama-namanya, Dia berkata, { ''Tidakkah Aku mengatakan kepada kamu, sesungguhnya Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib di Langit dan Bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu menampakkan dan apa yang kamu menyembunyikan?'' }
2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para Malaikat, ''Sujudlah kamu kepada Adam'', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya.
2:35. Dan Kami berkata, ''Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman(Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini, supaya kamu tidak menjadi orang-orang yang zalim.''
2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, ''Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di Bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu.''
2:37. Lalu Adam menerima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia menerima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:38. Kami berkata, ''Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:39. Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.''
2:40. Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku, dimana Aku telah anugerahkan kepada kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.
2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku menurunkan(al-Qur'an), yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.
2:42. Dan janganlah mencampuradukkan yang benar(haq) dengan yang palsu(bathil), dan jangan menyembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
2:43. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan tunduklah bersama orang-orang yang tunduk.
2:44. Adakah kamu menyuruh manusia berlaku taat, dan melupakan diri-diri kamu sendiri, sedang kamu membaca al-Kitab? Tidakkah kamu faham?
2:45. Dan mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat kecuali kepada orang-orang yang merendah hati,
2:46. Yang meyakini bahawa mereka akan menemui Pemelihara mereka, dan bahawa kepada-Nya mereka kembali.
2:47. Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku dimana Aku telah anugerahkan kepada kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam,
2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang pampasan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
2:49. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Fir'aun(Pharaoh); mereka mengenakan kamu azab yang jahat, mereka mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
2:50. Dan apabila Kami membelah laut untuk kamu, dan Kami menyelamatkan kamu, dan menenggelamkan keluarga Fir'aun(Pharaoh), sedang kamu memerhatikan.
2:51. Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa(Moses) empat puluh malam, kemudian kamu mengambil untuk kamu (patung) Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:52. Kemudian Kami memaafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur.
2:53. Dan apabila Kami memberikan Musa(Moses) al-Kitab, dan Pembeza(al-Furqan), supaya kamu mendapat petunjuk.
2:54. Dan apabila Musa(Moses) berkata kepada kaumnya, ''Wahai kaumku, sesungguhnya kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan(penyembahan) (patung) Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri. Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.''
2:55. Dan apabila kamu berkata, ''Wahai Musa(Moses), kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata''; dan halilintar mengambil kamu, sedang kamu memerhatikan.
2:56. Kemudian Kami membangkitkan kamu setelah kamu mati supaya kamu berterima kasih.
2:57. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan Manna dan Salwa kepada kamu; ''Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu.'' Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
2:58. Dan apabila Kami berkata, ''Masuklah bandar raya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan merendah diri, dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik.''
2:59. Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami menurunkan kepada orang-orang yang membuat kezaliman kemurkaan dari Langit kerana kefasiqan mereka.
2:60. Dan apabila Musa(Moses) memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, ''Pukullah batu dengan tongkat kamu''; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. ''Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di Bumi dengan membuat kerosakan.''
2:61. Dan apabila kamu berkata, ''Wahai Musa(Moses), kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang Bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya.'' Dia(Musa(Moses)) berkata, ''Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke bandar-bandar; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan.'' Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Nasrani, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan membuat kerja-kerja kebaikan, maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:63. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung, ''Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertaqwa(takut kepada Tuhan).''
2:64. Kemudian kamu berpaling sesudah itu. Jika tidak kerana pemberian dan pengasihan Allah kepada kamu, tentu kamu termasuk orang-orang yang rugi.
2:65. Dan sesungguhnya kamu mengetahui orang-orang antara kamu yang mencabuli Sabat, dan Kami berkata kepada mereka, ''Jadilah kamu beruk, menyelinap dengan melarat.''
2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang telah lepas, dan bagi yang terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertaqwa.
2:67. Dan apabila Musa(Moses) berkata kepada kaumnya, ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu.'' Mereka berkata, ''Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?'' Dia(Musa(Moses)) berkata, ''Aku berlindung kepada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang jahil(bodoh).''
2:68. Mereka berkata, ''Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia?'' Dia(Musa(Moses)) berkata, ''Sesungguhnya Dia berkata, sesungguhnya ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga muda, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintahkan.''
2:69. Mereka berkata, ''Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami apakah warnanya?'' Dia(Musa(Moses)) berkata, ''Sesungguhnya Dia berkata, sesungguhnya ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang.''
2:70. Mereka berkata, ''Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan sesungguhnya (in shaa Allah)jika Allah mengkehendaki, tentu kami akan mendapat petunjuk.''
2:71. Dia(Musa(Moses)) berkata, ''Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak Bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya.'' Mereka berkata, ''Sekarang kamu telah mendatangkan yang benar.'' Lalu mereka mengorbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.
2:72. Dan apabila kamu membunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan(bertelingkah) di dalamnya, dan Allah mengeluarkan apa yang kamu menyembunyikan,
2:73. Maka Kami berkata, ''Pukullah dia dengan sebahagiannya.'' Begitulah Allah menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu faham.
2:74. Kemudian hati kamu(Bani Isael) menjadi keras setelah itu(setelah peristiwa itu), dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:75. Adakah kamu(Muhammad) sangat menginginkan bahawa mereka(Bani Israel) akan mempercayai kamu, memandangkan ada segolongan daripada mereka yang mendengarkan (kalam)perkataan Allah, kemudian mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahuinya.
2:76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, ''Kami percaya''; dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain(sesama mereka), mereka berkata, ''Adakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang Allah telah membukakan kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara kamu? Tidakkah kamu faham?''
2:77. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah mengetahui apa yang mereka merahsiakan, dan apa yang mereka menyiarkan?
2:78. Dan antara mereka yang ummiy, tidak mengetahui al-Kitab melainkan hanya dengan khayalan, dan semata-mata sangkaan.
2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, ''Ini daripada Allah,'' supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.
2:80. Dan mereka berkata, ''Api tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung.'' Katakanlah, ''Sudahkah kamu mengambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?''
2:81. Ya, sesiapa yang mengusahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya(dosa), mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka itulah orang-orang Taman; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israel; ''Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat.'' Kemudian kamu(Bani Israel) berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan(memesongkan).
2:84. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu menumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga mengusir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu mempersetujuinya, dan kamu sendiri mempersaksikan.
2:85. Kemudian kamu ini, kamu membunuh sesama sendiri dan mengusir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah dilarang. Adakah kamu mempercayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang berbuat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Qiyamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:86. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia kepada akhirat. Bagi mereka azab tidak diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.
2:87. Dan Kami memberikan Musa(Moses) al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan Rasul-Rasul, dan Kami memberikan 'Iysa(Jesus) putera Maryam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus(Suci); dan setiap kali datang kepada kamu(Bani Israel) seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:88. Dan mereka berkata, ''Hati kami tidak dikhatan.'' Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka; sedikit mereka yang mempercayai.
2:89. Dan apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, dan mereka sebelum itu telah meminta kemenangan terhadap orang-orang yang tidak percaya, maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka mengenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang yang tidak percaya.
2:90. Buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, bahawa mereka tidak percaya kepada apa yang Allah menurunkan, mendengki bahawa Allah menurunkan pemberian-Nya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Mereka dipenuhi beban kemurkaan atas kemurkaan; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang hina.
2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka(Bani Israel), ''Percayalah kepada apa yang Allah menurunkan'', mereka berkata, ''Kami mempercayai kepada apa yang diturunkan kepada kami'', dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, ''Mengapa pula kamu membunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?''
2:92. Dan Musa(Moses) datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu mengambil untuk kamu (patung)Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim.
2:93. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung: ''Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan dengarlah.'' Mereka berkata, ''Kami dengar dan kami menentang''; dan mereka diminumkan(diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, ''Buruknya apa yang iman kamu memerintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin.''
2:94. Katakanlah, ''Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar.''
2:95. Tetapi mereka tidak akan mengingininya selama-lamanya, kerana apa yang tangan-tangan mereka telah mendahulukan; Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
2:96. Dan kamu mendapati mereka, manusia yang paling menginginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan(musyrikin), ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah melihat apa yang mereka buat.
2:97. Katakanlah, ''Sesiapa yang menjadi musuh kepada Jibril(Gabriel), maka dialah yang menurunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.''
2:98. Sesiapa yang menjadi musuh bagi Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Jibril(Gabriel), dan Mikail(Michael), maka sesungguhnya Allah, musuh bagi orang-orang yang tidak percaya.
2:99. Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq(tidak mempedulikan perintah Tuhan).
2:100. Mengapa, setiap kali mereka membuat perjanjian, segolongan daripada mereka melemparkan perjanjiannya? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mempercayai.
2:101. Apabila datang kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui.
2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulayman(Solomon). Sulayman(Solomon) bukan tidak percaya(kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, ''Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya.'' Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.
2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertaqwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka mengetahui.
2:104. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu berkata, ''Awasilah/jagalah kami'', tetapi katakanlah, ''Perhatikanlah kami''; dan dengarlah; bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.
2:105. Orang-orang yang tidak percaya daripada ahli Kitab, dan orang-orang yang menyekutukan, tidak menginginkan bahawa sebarang kebaikan diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, tetapi Allah memilih untuk pengasihan-Nya siapa yang Dia mengkehendaki; Allah mempunyai pemberian yang besar.
2:106. Tidak Kami menghapuskan ayat-ayat, atau menjadikan lupa padanya, kecuali, Kami mendatangkan yang lebih baik, atau yang serupa dengannya. Tidakkah kamu tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu?
2:107. Tidakkah kamu tahu bahawa kepunyaan Allah kerajaan Langit dan Bumi, dan bahawa kamu tidak ada, selain daripada Allah, wali(pelindung) dan tiada juga penolong?
2:108. Atau, adakah kamu menghendaki untuk menanyai Rasul kamu seperti Musa(Moses) ditanya dahulu? Sesiapa yang menukar keimanan dengan ketidakpercayaan, sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
2:109. Kebanyakan daripada ahli Kitab ingin sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu sebagai orang-orang yang tidak percaya setelah keimanan kamu kerana kedengkian dalam jiwa mereka sesudah yang benar menjadi jelas bagi mereka. Namun begitu, kamu maafkanlah, dan ampunkanlah, sehingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:110. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
2:111. Dan mereka berkata, ''Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani.'' Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, ''Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar.''
2:112. Ya, sesiapa yang menundukkan wajahnya kepada Allah, sedang dia seorang yang berbuat baik, maka upahnya adalah di sisi Pemeliharanya, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:113. Orang-orang Yahudi berkata, ''Orang-orang Nasrani tiada sesuatu'', dan orang-orang Nasrani berkata, ''Orang-orang Yahudi tiada sesuatu''; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Qiyamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.
2:114. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat azab yang besar.
2:115. Kepunyaan Allah Timur dan Barat; ke mana sahaja kamu berpaling di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:116. Dan mereka berkata, ''Allah mengambil kepada-Nya seorang anak.'' Dia disanjung! Tidak, kepunyaan-Nya apa yang di Langit dan Bumi, semuanya patuh kepada-Nya.
2:117. Pencipta Langit dan Bumi, dan apabila Dia menentukan sesuatu perkara, Dia hanyalah berkata padanya, (Kun)''Jadilah'', maka jadilah ia.
2:118. Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, ''Mengapa Allah tidak berkata-kata kepada kami? Mengapa satu ayat(tanda) tidak datang kepada kami?'' Demikianlah berkata orang-orang yang sebelum mereka, (sama) seperti ucapan mereka ini; hati mereka serupa. Namun demikian, Kami memperjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang yakin.
2:119. Kami mengutus kamu(Muhammad) dengan yang benar, pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai orang-orang Jahim.
2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, ''Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.'' Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali(pelindung) dan tiada juga penolong.
2:121. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka mempercayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.
2:122. Wahai Bani Israel, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam.
2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat(pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim(Abraham) dengan kata-kata tertentu, dan dia menunaikannya. Dia berkata, ''Sesungguhnya Aku membuat kamu seorang imam(ikutan) bagi manusia.'' Berkatalah dia(Ibrahim(Abraham)), ''Dan daripada keturunanku?'' Dia berkata, ''Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang yang zalim.''
2:125. Dan apabila Kami membuatkan Rumah(Bait) untuk menjadi tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan, ''Ambillah bagi kamu medan Ibrahim(Abraham) untuk tempat solat.'' Dan Kami membuat perjanjian dengan Ibrahim(Abraham) dan Isma'il(Ishmael), ''Bersihkanlah Rumah-Ku untuk orang-orang yang mengelilinginya(tawaf), dan orang-orang yang bertekun(iktikaf), dan orang-orang yang tunduk(rukuk), yang sujud.''
2:126. Dan apabila Ibrahim(Abraham) berkata, ''Pemeliharaku, buatkanlah ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka.'' Dia berkata, ''Sesiapa yang tidak percaya Aku akan memberikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan memaksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!''
2:127. Dan apabila Ibrahim(Abraham), dan Isma'il(Ishmael) bersamanya, menaikkan dasar-dasar Rumah, ''Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui,
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim(tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.''
2:130. Maka siapakah yang mengundurkan diri daripada anutan Ibrahim(Abraham) kecuali dia yang memperbodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang soleh(baik).
2:131. Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, ''Tunduk patuhlah'', dia(Ibrahim(Abraham)) berkata, ''Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam.''
2:132. Dan Ibrahim(Abraham) mewasiatkan anak-anaknya dengan ini(tunduk kepada Allah), dan Ya'qub(Jacob), ''Wahai anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali dalam kemusliman.''
2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Ya'qub(Jacob)? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, ''Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?'' Mereka berkata, ''Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim(Abraham), dan Isma'il(Ishmael), dan Ishaq(Isaac), Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim.''
2:134. Itulah umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka mengusahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu mengusahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa yang mereka buat.
2:135. Dan mereka berkata, ''Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, dan kamu akan mendapat petunjuk.'' Katakanlah, ''Tidak, tetapi anutan Ibrahim(Abraham), seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang menyekutukan.''
2:136. Katakanlah, ''Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim(Abraham), dan Isma'il(Ishmael), dan Ishaq(Isaac), dan Ya'qub(Jacob), dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa(Moses), dan 'Iysa(Jesus), dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim(tunduk patuh).''
2:137. Jika mereka percaya kepada yang serupa dengan yang kepadanya kamu percaya, maka sungguh mereka mendapat petunjuk yang benar; tetapi jika mereka berpaling, maka mereka hanya dalam perpecahan; Allah mencukupi bagi kamu terhadap mereka, dan Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
2:138. Celupan Allah; dan siapakah yang mencelup lebih baik daripada Allah? Dia Kami sembah.
2:139. Katakanlah, ''Adakah kamu berdebat dengan kami mengenai Allah, dan Dia, Pemelihara kami dan Pemelihara kamu? Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; kepada-Nya kami menuluskan.
2:140. Atau, adakah kamu mengatakan, Ibrahim(Abraham), dan Isma'il(Ishmael), dan Ishaq(Isaac), dan Ya'qub(Jacob), dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Nasrani'?'' Katakanlah, ''Adakah kamu yang lebih mengetahui, atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.''
2:141. Itulah umat yang telah berlalu; baginya apa yang mereka mengusahakan, dan bagi kamu, apa yang kamu mengusahakan; kamu tidak ditanya mengenai apa yang mereka buat.
2:142. Orang-orang yang jahil antara manusia akan berkata, ''Apakah yang memalingkan mereka daripada qiblat(arah) yang mereka menghadap dahulu?'' Katakanlah, ''Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.''
2:143. Demikianlah Kami membuat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu menjadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak menentukan qiblat yang kamu menghadapkan melainkan supaya Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul, dan siapa yang berbalik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah memberi petunjuk; tetapi Allah tidak akan membiarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah lembut kepada manusia, Pengasih.
2:144. Kami melihat kamu membalik-balikkan wajah kamu ke Langit; sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada qiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram(Masjid Suci); dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka mengerjakan.
2:145. Namun begitu, jika kamu mendatangkan kepada orang-orang yang diberi al-Kitab tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mengikuti qiblat kamu; kamu bukanlah pengikut qiblat mereka, dan bukanlah mereka pengikut-pengikut qiblat satu sama lain. Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, sungguh, kamu termasuk orang-orang yang zalim.
2:146. Orang-orang yang kepada mereka Kami memberikan al-Kitab, mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak lelaki mereka, dan sesungguhnya segolongan daripada mereka menyembunyikan yang benar, sedang mereka mengetahuinya.
2:147. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.
2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia berpaling; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan mendatangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat.
2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku menyempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.
2:151. Sebagaimana juga Kami mengutus di kalangan kamu, daripada kamu sendiri, seorang Rasul untuk membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan untuk menyucikan kamu, dan untuk mengajar kamu al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan untuk mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan janganlah kamu tidak percaya kepada-Ku.
2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
2:154. Dan janganlah mengatakan terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, ''Mereka sudah mati'', bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedari.
2:155. Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
2:156. Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, ''Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali.''(inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un)
2:157. Mereka itu, ke atas mereka adalah salawat(keberkatan), dan pengasihan daripada Pemelihara mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar.
2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda Allah, maka sesiapa melakukan Haji di Rumah, atau berkunjung(umrah), tidaklah bersalah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa mengerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri, Mengetahui.
2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan menerima taubat; Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:161. Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para Malaikat, dan manusia kesemuanya,
2:162. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada penangguhan akan diberi kepada mereka.
2:163. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan Langit dan Bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah menurunkan dari Langit(hujan), dengannya menghidupkan Bumi setelah ia mati, dan Dia menaburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara Langit dan Bumi, sungguh, adalah ayat-ayat(tanda-tanda) bagi kaum yang memahami.
2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.
2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, ''Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.'' Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di Bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:169. Ia hanya menyuruh kamu pada kejahatan, dan kesumbangan, dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.
2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, ''Ikutlah apa yang Allah menurunkan'', mereka berkata, ''Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat.'' Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?
2:171. Persamaan orang-orang yang tidak percaya seperti persamaan orang yang meneriak kepada apa yang tidak mendengar, kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak faham.
2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia mengharamkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan, dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:174. Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Qiyamat, dan tidak juga menyucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan keampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!
2:176. Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh.
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan Malaikat-Malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertaqwa dengan benar.
2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan(ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan(qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
2:179. Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertaqwa.
2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan(harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertaqwa.
2:181. Sesiapa menukarnya setelah mendengarnya, dosanya adalah kepada orang-orang yang menukarnya. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
2:182. Jika seseorang takut akan penyimpangan daripada jalan yang benar, atau dosa, daripada orang yang berwasiat itu, lalu dia membetulkan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.
2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang membuat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
2:185. Bulan Ramadhan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu; dan agar kamu mencukupkan bilangan, dan mengagungkan Allah, bahawa Dia telah memberi petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.
2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku menanyakan kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk menyahut seruan orang yang menyeru apabila dia berseru kepada-Ku; maka hendaklah mereka menyahuti Aku, dan hendaklah mereka mempercayai Aku supaya mereka menjadi benar.
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan(menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar(pagi), kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun(iktikaf) di masjid. Itulah had-had(hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.
2:188. Janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.
2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, ''Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.'' Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk menjadi bertaqwa; maka datangilah rumah-rumah pada pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul.
2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan(fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram(Masjid Suci) sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya.
2:192. Tetapi, jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang yang zalim.
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan(qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.
2:195. Dan nafkahkanlah(belanjakanlah) di jalan Allah, dan janganlah melemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi berbuatbaiklah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan yang kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah taqwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang yang mempunyai minda.
2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Masy'aril Haram(Monumen Suci), dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.
2:199. Kemudian bertolaklah dari mana manusia bertolak, dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:200. Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, ''Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia'', dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.
2:201. Dan antara manusia ada yang berkata, ''Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia, yang baik, dan berilah kami yang baik di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab Api.''
2:202. Mereka itu, mereka akan mendapat bahagian daripada apa yang mereka mengusahakan; dan Allah cepat membuat perhitungan.
2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertaqwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.
2:205. Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di Bumi untuk membuat kerosakan padanya, dan untuk memusnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak menyukai kerosakan.
2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, ''Takutilah Allah'', kesombongan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahannam - betapa buruknya buaian!
2:207. Dan antara manusia ada yang menjual diri-diri mereka kerana menginginkan kepuasan hati Allah; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:209. Tetapi jika kamu tergelincir, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada kamu, maka ketahuilah bahawa Allah Perkasa, Bijaksana.
2:210. Apakah yang mereka menanti-nantikan, melainkan bahawa Allah datang kepada mereka dalam lindungan awan, dan Malaikat-Malaikat? Perkara diputuskan, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.
2:211. Tanyalah Bani Israel berapa banyaknya ayat-ayat yang jelas yang Kami telah memberikan mereka. Sesiapa menukar rahmat Allah setelah ia datang kepadanya, maka sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya(kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka mengejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang yang bertaqwa adalah di atas mereka pada Hari Qiyamat; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.
2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.
2:214. Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman(Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga Rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, ''Bilakah datang pertolongan Allah?'' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat.
2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, ''Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.''
2:216. Dituliskan(ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu membenci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, ''Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan adalah lebih berat daripada pembunuhan.'' Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling(murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
2:218. Tetapi orang-orang yang percaya, dan orang-orang yang berhijrah, dan berjuang di jalan Allah, merekalah yang mempunyai harapan daripada pengasihan Allah; dan Allah Pengampun, Pengasih.
2:219. Mereka menanyai kamu mengenai khamar(arak/sesuatu yang memabukkan fikiran) dan judi. Katakanlah, ''Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'' Dan mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, ''Yang berlebihan.'' Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.
2:220. Dunia dan akhirat. Mereka menanyai kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, ''Untuk memperbetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah mengetahui benar orang yang membuat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia mempersulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.''
2:221. Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan keampunan, dengan izin-Nya, dan Dia memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.
2:222. Mereka menanyai kamu mengenai haid. Katakanlah, ''Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu.'' Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat, dan Dia menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.
2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.
2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertaqwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.
2:225. Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu atas sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kamu atas apa yang hati-hati kamu mengusahakan; dan Allah Pengampun, Penyantun.
2:226. Bagi orang-orang(para suami) yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan(para isteri) mereka, mereka(para isteri) menunggu empat bulan. Jika mereka(para suami) kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
2:227. Tetapi jika mereka(para suami) memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
2:228. Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid(setiap selepas 15 hari selepas mengalami haid; perempuan akan mengalami haid semula), dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim(kandungan) mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka(para isteri) jika mereka(para suami) menghendaki untuk memperbetulkan. Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki, tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka; Allah Perkasa, Bijaksana.
2:229. Penceraian(thalaq) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka(harta benda) kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan had-had(hudud) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.
2:230. Jika dia(suami) menceraikannya(isteri), dia(isteri yang diceraikan) tidak halal baginya(suami) sesudah itu sehingga dia(isteri yang diceraikan) berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia(suami yang baru) menceraikannya(isteri tadi), maka tidaklah bersalah ke atas mereka(suami dan isteri yang bercerai pada awal tadi) untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui.
2:231. Apabila kamu(para suami) menceraikan perempuan-perempuan(para isteri), dan mereka(para isteri) sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
2:232. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui.
2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.
2:234. Dan orang-orang antara kamu(para suami) yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, mereka(para isteri) akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka(para isteri) sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu(orang yang melaksanakan hukum) mengenai apa yang mereka(para isteri yang kematian suami) buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah menyedari apa yang kamu buat.
2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu(orang lelaki) mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu(simpan di dalam hati). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga perjanjian sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.
2:236. Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan sebarang bahagian(harta) untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan(perbelanjaan) untuk mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang yang berbuat baik.
2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka(para isteri) sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian(harta) yang ditentukan, maka berilah setengah(satu perdua) daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka(para isteri) memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan taqwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
2:238. Peliharalah salawat, dan solat di tengah, dan berdirilah kamu patuh kepada Allah.
2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
2:240. Dan orang-orang antara kamu(para suami) yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan(perbelanjaan) untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu(orang yang melaksanakan hukum) mengenai apa yang mereka(para isteri tadi) buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.
2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertaqwa.
2:242. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.
2:243. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang keluar dari tempat tinggal mereka, beribu-ribu ramainya, kerana takut akan mati? Allah berkata kepada mereka, ''Matilah!'' Kemudian Dia menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai pemberian kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
2:244. Maka berperanglah di jalan Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Mendengar, Mengetahui.
2:245. Siapakah dia yang akan meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, dan Dia akan menggandakan untuknya dengan banyak? Allah menggenggam dan menjulurkan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
2:246. Tidakkah kamu merenungkan pembesar-pembesar Bani Israel selepas Musa(Moses) ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka(Samuel), ''Bangkitkanlah untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah.'' Dia berkata, ''Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan(ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?'' Mereka berkata, ''Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?'' Maka, apabila perang ditetapkan kepada mereka, mereka berpaling, kecuali sedikit antara mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.
2:247. Kemudian Nabi mereka(Samuel) berkata kepada mereka, ''Sesungguhnya Allah membangkitkan Thalut(Saul) bagi kamu sebagai raja.'' Mereka berkata, ''Bagaimanakah patut bagi dia menjadi raja kepada kami, yang lebih berhak daripadanya pada kerajaan, memandangkan dia tidak diberi harta yang banyak?'' Dia berkata, ''Sesungguhnya Allah memilihnya di atas kamu, dan menambahkannya dengan luas dalam pengetahuan dan tubuh. Allah memberi kerajaan kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.''
2:248. Dan Nabi mereka(Samuel) berkata kepada mereka, ''Ayat(tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut(peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa(Moses) dan keluarga Harun(Aaron) meninggalkan yang dibawa oleh Malaikat-Malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.''
2:249. Dan apabila Thalut(Saul) berangkat dengan tentera, dia berkata, ''Allah menguji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak merasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang menceduk seceduk dengan tangannya.'' Tetapi mereka meminum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, ''Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut(Goliath) dan tenteranya.'' Berkata orang-orang yang menyangka bahawa mereka akan menemui Allah, ''Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah mengalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.''
2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut(Goliath) dan tenteranya, mereka berkata, ''Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya.''
2:251. Dan mereka(Thalut(Saul) dan tenteranya) mengalahkan mereka(Jalut(Goliath) dan tenteranya), dengan izin Allah, dan Dawud(David) membunuh Jalut(Goliath); dan Allah memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah Bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.
2:252. Ini adalah ayat-ayat Allah, Kami membacakan kamu(Muhammad) dengan benar, dan sesungguhnya kamu adalah daripada para Rasul.
2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan 'Iysa(Jesus) putera Maryam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus(Suci). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentu orang-orang yang datang selepas dia('Iysa(Jesus)) tidak bergaduh sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka memperselisihkan, dan sebahagian mereka percaya, dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah menghendaki, tentu mereka tidak bergaduh sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja yang Dia mengkehendaki.
2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat; dan orang-orang yang tidak percaya - merekalah orang-orang yang zalim.
Ayat Kursi.
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam Langit dan apa yang di dalam Bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu daripada pengetahuan-Nya, kecuali apa yang Dia mengkehendaki. Takhta-Nya merangkumi Langit dan Bumi, dan Dia tidak berasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.
2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan mempercayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.
2:257. Allah ialah Wali(Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:258. Tidakkah kamu merenungkan orang yang mendebat Ibrahim(Abraham) mengenai Pemeliharanya kerana Allah memberinya kerajaan, ketika Ibrahim(Abraham) berkata, ''Pemeliharaku ialah Dia yang menghidupkan dan mematikan.'' Berkata, ''Aku menghidupkan dan mematikan!'' Ibrahim(Abraham) berkata, ''Allah mendatangkan Matahari dari Timur, maka datangkanlah ia dari Barat!'' Lalu orang yang tidak percaya tercengang. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandar raya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, ''Bagaimanakah Allah menghidupkan ini setelah ia mati?'' Maka Allah mematikannya seratus tahun, kemudian Dia membangkitkannya kembali, dengan berkata, ''Berapa lamakah kamu tinggal?'' Dia berkata, ''Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari.'' Berkatalah Dia, ''Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami membuat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan menyusunnya, dan kemudian mengelubunginya dengan daging.'' Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, ''Saya mengetahui bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu.''
2:260. Dan apabila Ibrahim(Abraham) berkata, ''Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati.'' Dia berkata, ''Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?'' Dia berkata, ''Ya, tetapi supaya hatiku tenteram.'' Berkatalah Dia, ''Ambil empat ekor burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka di atas tiap-tiap bukit, kemudian panggillah mereka, dan mereka akan datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu mengetahui bahawa Allah Perkasa, Bijaksana?''
2:261. Persamaan orang-orang yang menafkahkan(membelanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti persamaan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah menggandakan kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:262. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah, kemudian tidak mengikuti apa yang mereka menafkahkan dengan celaan dan gangguan, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
2:265. Tetapi persamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka dengan menginginkan kepuasan hati Allah, dan untuk meneguhkan diri mereka, adalah seperti persamaan sebuah kebun di atas bukit; hujan lebat menimpanya, dan ia mendatangkan hasilnya dua kali ganda. Jika tiada hujan lebat menimpanya, namun demikian, embun; dan Allah melihat apa yang kamu buat.
2:266. Adakah sesiapa antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun palma dan anggur, dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan, tetapi lemah. Kemudian angin puyuh yang mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.
2:267. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada benda-benda yang baik yang kamu mengusahakan, dan daripada apa yang Kami mengeluarkan dari Bumi untuk kamu, dan janganlah bermaksud yang buruk-buruk daripadanya untuk kamu menafkahkan, sedang kamu tidak akan mengambilnya sendiri melainkan kamu memicingkan sebelah mata padanya; dan ketahuilah bahawa Allah Kaya, Terpuji.
2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
2:269. Dia memberi Kebijaksanaan(Hikmah) kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
2:270. Dan apa sahaja nafkah yang kamu menafkahkan, atau apa sahaja nazar yang kamu menazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang yang zalim.
2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir(yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat.
2:272. Bukanlah atas kamu menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki. Dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk diri kamu sendiri, dan kerana demikianlah kamu menafkahkan, hanya menginginkan Wajah Allah; dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan, akan dibayar kepada kamu sepenuhnya, dan kamu tidak akan dizalimi.
2:273. Bagi orang-orang fakir yang terkepung di jalan Allah, dan yang tidak boleh berpergian di Bumi; orang yang bodoh menyangka bahawa mereka kaya kerana mereka tidak meminta-minta, tetapi kamu mengenali mereka dengan tanda mereka; mereka tidak meminta kepada manusia dengan mendesak, dan apa-apa kebaikan yang kamu menafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
2:274. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, ''Jual beli adalah serupa dengan riba.'' Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang bersalah.
2:277. Orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat modal kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui.
2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya(menulis dengan jujur dan adil). Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak mengimlakkan(menjumlahkan), dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya(pemiutang). Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya(penjaga/sahabat) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir(tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.
2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.
2:284. Kepunyaan Allah segala yang ada di Langit, dan di Bumi. Sama ada kamu menampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu menyembunyikannya, Allah akan memperhitungkannya kepada kamu. Dia mengampuni siapa yang Dia mengkehendaki, dan mengazab siapa yang Dia mengkehendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu.
2:285. Rasul percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan Malaikat-Malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. ''Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya.'' Mereka berkata, ''Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan(tempat kembali).''
2:286. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia mengusahakan, dan ke atasnya apa yang ia mengusahakan. ''Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya.''